Gotong Royong Masjid dan Pusat Internet

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

AJK Masjid Kg.Kubu Gajah telah mengadakan program gotong royong kwasan persekitaran masjid Kg.Kubu Gajah dan PI. Program ini berlansung pada 15 Disember 2019 bermula pada pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. Seramai 50 orang terlibat dalam program ini.

Program ini bertujuan untuk menjadikan kawasan masjid sebagai kawasan yang bersih dan indah. Selain itu juga, program ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduaan dan kerjasama antara komuniti.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan kawasan masjid, mencabut rumput, mengecat dan menanam pokok bunga dan sebagainya. Program ini berakhir dengan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali